Tidak Elok Tidur Lepas Sahur / Subuh


Mesti sudah menjadi norma kita sebagai manusia untuk mengikut nafsu tidur. Terutamanya lepas subuh kan. Tambah-tambah lagi bulan Ramadhan ni, bangun pukul 4 pagi or 5 pagi. Dalam kepala dah set awal-awal, lepas solat subuh tidur balik untuk "recover" masa yang dah bangun atas alasan tidak mahu prestasi di tempat kerja menurun kerana mengantuk.

Anda mungkin akan merubah presepsi ini jika mengatahui, tabiat seperti ini akan mengubah pola biologi tubuh anda dan sebalik nya menambah keletihan dalam badan. Keadaan ini disebabkan disebabkan ganguan ketaas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada setiap pagi, sebagai contoh pada 5 pagi untuk bersahur; rutin in akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul 3 atau 4 pagi dan akan memnuncak pada 11 pagi. 

Apabila rutin ini ditukar secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan tergangu dan kita akan merasa keletihan sepanjang hari berpuasa.

Cadangan yang lebih baik kepada anda ialah, 10-15 minit sebelum waktu zohor. InsyaAllah lepas berwudhu dan solat zohor badan kita akan lebih segar dan bertenaga.

Sekian sahaja perkongsian kami. Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Apakah itu Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrome)?

Set Ramadhan Shaklee Yang Penuh Tenaga & Khasiat