Posts

Showing posts from April, 2017

Apakah itu Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrome)?

Image
Apakah itu Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrome)? Mengikut Dr. Azwan dalam blognya , Nephrotic Syndrome adalah sejenis penyakit yang berkait dengan buah pinggang. Semua buah pinggang yang normal mempunyai glomeruli iaitu penapis halus kepada buah pinggang kita. Glomeruli ini berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing. Bagi pesakit Nephrotic Syndrome , glomeruli atau penapis buah pinggang yabg telah rosak, akan menyebabkan aliran protein keluar melalui air kencing dalam kuantiti lebih dari 3-gram protein sehari. Ini dipanggil Proteinuria , yang akan menyebabkan badan kehilangan protein yang banyak. Fenomena ini digelar penyakit buah pinggang bocor ( Nephrotic Syndrome ) . Apakah Penyebab Buah Pinggang Bocor? Nephrotic Syndrome  tidak memilih umur. Namun, penyebab utama kerosakan glomeruli pada pesakit Nephrotic Syndrome tidak diketahui. Walaubagaimanapun, penyakit dibawah boleh menjadi penyebab: Jangkitan ku